Wanita, Islam dan Feminisme

Wanita, Islam dan Feminisme


(gambar : distributorwallpaperdinding.com)

Wanita
Wanita merupakan sebahagian dari anggota masyarakat. Wanita menjadi pelengkap kepada kaum lelaki dan mereka saling bergandingan dalam kehidupan. Islam tidak pernah membezakan antara dua golongan ini bahkan telah menetapkan ketetapan yang bersesuaian dengan sifat keduanya. Keduanya mempunyai hak dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Islam bagi menjamin kebahagian kehidupan di dunia dan akhirat. 

Islam
Islam merupakan agama Samawi yang telah disampaikan oleh Allah SWT kepada manusia pertama yang diciptakan iaitu nabi Adam AS sehingga kepada nabi Muhammad SAW, rasul utusan Allah SWT yang terakhir. Islam meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia tanpa terbatas kepada aspek akidah dan ibadah semata-mata. Islam juga merupakan sebuah agama yang mengandungi peraturan-peraturan hidup manusia yang merangkumi aspek rohani dan jasmani bagi memenuhi keperluan manusia di dunia dan akhirat.

Feminisme
Zaman pencerahan di Eropah pada abad ke 17 merupakan tonggak sejarah penting dalam mendeklarasikan kebebasan dan kemajuan serta melepaskan diri dari kongkongan agama. Pada zaman ini lahirnya banyak ideologi, antaranya ialah feminisme. Feminisme merupakan sebuah gerakan yang menuntut persamaan hak antara lelaki dan wanita dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, politik dan sosial.

Ketiga elemen ini akan disentuh oleh artikel-artikel di pautan ini. Perkara ini bertujuan untuk mendedahkan kerosakan beberapa pandangan dan kritikan Feminisme terhadap Islam.


Comments